Koleksi Cincin Permata Semulajadi
Sunday, February 20, 2011
Cincin Stainless Steel Permata Kayu Teras Kilo (Gemunggal)
Cincin Stainlees Steel - Kayu Teras Kilo (Gemunggal)
Barang:
Sebentuk Cincin Stainless Steel bertakhta kan Kayu Teras Kilo atau dengan nama lainnya Kayu Gemunggal yang dibentuk Bujur.
Saiz 17; (diameter 18mm, ukur lilit 56.52mm)
Cincin ini telah di 'book' oleh seorang sahabat. Jika sahabat tersebut bersetuju boleh la meneruskan urusan pembayaran maharnya...
Friday, February 18, 2011
Permata Tiger Eye
Permata 'Tiger Eye'
Permata 'Tiger Eye' ini mempunyai kelebihan tersediri. Dengan memakai permata ini dalam bentuk cincin atau loket seseorang itu akan dapat memberi lebih tumpuan terhadap sesuatu perkara dan lebih cepat dalam membuat keputusan tepat. Dengan kelebihan yang ada pada Permata 'Tiger Eye' ini, si pemakainya akan lebih berkeyakinan dalam menghadapi sebarang keadaan dan sentiasa berada dalam keadaan terkawal dalam apa-apa situasi yang mendatang.
Sunday, February 13, 2011
Cincin Perak Permata Delima
Sunday, November 14, 2010
Teras Kayu yang dibentuk
Di antara Teras kayu yang telah dibentuk berada dalam simpanan saya.
Dari kiri,
1- Kayu bertam(bahagian atas) digabungkan dengan Buluh Tumpat(bahagian bawah)
2- Raja Kayu
3- Teras Gemunggal
4- Teras Gemunggal
Kesemua di atas dibentuk oleh saya sendiri.
Belum lagi dipasangkan pada cincin.
Friday, October 29, 2010
Cincin Stainless Steel Permata Kayu Teras Kilo (Gemunggal)
Cincin Stainless Steel - Kayu Teras Kilo (Gemunggal)
Ini pula cincin yang baru saya disiapkan dua hari lepas. Cincin Teras Gemunggal. Sayang pula kat Cincin ni tak sampai hati nak jual. Memang cantik dan teliti pembuatan kayu dan pemasangannya ke sarung cincin ni. Hehehe... (Puji diri sendiri).
Thursday, October 28, 2010
Cincin Stainless Steel Permata Kayu Kemuning Kuning
Cincin Stainless Steel - Kayu Kemuning Kuning
Salah satu koleksi cincin yang terlama ada dalam simpanan. Cincin Bertakhtakan Kayu Kemuning Kuning. Bentuk Rona Kayu ini amat menarik perhatian saya. Coraknya cantik dan unik. Kebiasaannya, kayu kemuning kuning ini dijadikan sarung Parang kerana coraknya yang cantik dan unik. Di antara khasiat kayu ini adalah, airnya boleh dibuat minum untuk menghilangkan penyakit batu karang. Insyaallah...
Ikhlas
-Asfandi-
Ikhlas
-Asfandi-
Subscribe to:
Posts (Atom)