Friday, October 29, 2010

Cincin Stainless Steel Permata Kayu Teras Kilo (Gemunggal)




Cincin Stainless Steel - Kayu Teras Kilo (Gemunggal)

Ini pula cincin yang baru saya disiapkan dua hari lepas. Cincin Teras Gemunggal. Sayang pula kat Cincin ni tak sampai hati nak jual. Memang cantik dan teliti pembuatan kayu dan pemasangannya ke sarung cincin ni. Hehehe... (Puji diri sendiri).

Thursday, October 28, 2010

Cincin Stainless Steel Permata Kayu Kemuning Kuning



Cincin Stainless Steel - Kayu Kemuning Kuning

Salah satu koleksi cincin yang terlama ada dalam simpanan. Cincin Bertakhtakan Kayu Kemuning Kuning. Bentuk Rona Kayu ini amat menarik perhatian saya. Coraknya cantik dan unik. Kebiasaannya, kayu kemuning kuning ini dijadikan sarung Parang kerana coraknya yang cantik dan unik. Di antara khasiat kayu ini adalah, airnya boleh dibuat minum untuk menghilangkan penyakit batu karang. Insyaallah...

Ikhlas
-Asfandi-


Wednesday, October 27, 2010

Keistimewaan Teras Gemunggal



Seperti yang kita ketahui salah satu keistimewaan Kayu Gemunggal adalah menakutkan ular-ular dan binatang berbisa serta menghilangkan bisa akibat gigitan atau sengatan haiwan berbisa tersebut. Di sini ada di tunjukkan video dari klip "Majalah 3", mengenai keistimewaan Teras Gemunggal. Wartawan sendiri mencuba keberkesanan Teras Gemunggal tersebut dan ia amat benar... Subhanallah...
Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu apa yang berada di muka bumi ini mempunyai fungsi dan khasiatnya tersendiri. Sama-sama lah kita menyaksikan klip video ini.

Ikhlas
-Asfandi-

Wednesday, October 20, 2010

Cincin Stainless Steel Permata Kayu Teras Kilo (Gemunggal)


Cincin Stainless Steel - Kayu Teras Kilo (Gemunggal)

Ini lah cincin yang dipakai oleh saya sekarang. Permatanya dari teras kayu gemunggal dan ia dipasang sendiri oleh saya. Cincin ini juga merupakan cincin yang paling digemari oleh saya buat masa ini. Walaupun diikat menggunakan sarung stainless steel, terdapat rahsia di sebalik cincin kayu ini yang membuatkan saya tertarik padanya. Ikatannya kemas dan cantik. Sesuai dipakai oleh diri saya.

Jika ada sesiapa berminat untuk memasang cincin kayu menggunakan sarung cincin jenis ini boleh kemukakan kepada saya. Insyaallah saya boleh usahakan...

Masih terdapat beberapa jenis kayu khasiat yang ada dalam simpanan saya dan masih belum dibuat cincin. Di antaranya, Kayu Tas Jantan, Teras Nibung Tunggal, Teras Kemuning Hitam, dan Buluh Tumpat. Jika berkesempatan, saya akan 'post'kan untuk dikongsi bersama.

Wassalam...

Monday, October 11, 2010

Cincin Perak Permata Kayu Teras Kilo (Gemunggal)


Cincin Perak - Kayu Teras Kilo (Gemunggal)

Barang:

Sebentuk Cincin Perak bertakhta kan Kayu Teras Kilo atau dengan nama lainnya Kayu Gemunggal yang dibentuk Bujur.
Saiz 17; (diameter 18mm, ukur lilit 56.52mm)


Bentuk:

Kayu Teras Kilo (Gemunggal) berbentuk Bujur. Halus, Licin berkilat. BUKAN kilatan Varnish. Diperhalus dan dilicinkan dangan cara-cara tertentu. Menggunakan Gred Kertas Pasir yang paling halus dan proses-proses yang lain untuk menaikkan lagi seri permukaan kayu ini. Cincin Kayu Teras Kilo (Gemunggal) ini belum pernah mempunyai pemilik lagi.

untuk rujukan dari internet boleh terus klik dan layari blog ini http://karimon.wordpress.com
(pemilik blog ini tidak mempunyai sebarang hubungan dengan saya, cuma sebagai sumber rujukan)


Penerangan:

Kayu Teras Kilo (Gemunggal) mempunyai khasiat yang tinggi. Ada yang mengatakan ia adalah Kayu yang terbaik di antara kayu-kayu yang lain. Di antara khasiat Teras Kayu ini yang terbuku dalam Kitab Ensiklopedia Herba-Herba Sekeliling Kita susunan ‘AQ HA.S;

1. Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.
2. Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.
3. Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin.
4. Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya.
5. Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum.
6. Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum.
7. Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada puting susu ibu.
8. Bisul: Terasnya diasah, dan dipalit pada mata bisul.
9. Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis.
10. Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum.
11. Digigit ular,lipan: Terasnya diasah dan dipalit pada tempat yang kena gigit.

Semuanya dengan izin Allah. Minta pada yang Esa, berikhtiar dengan bahan ciptaan Allah yang mengandungi khasiat yang tersendiri.


Penutup:

Segala apa yang dicipta oleh Allah ada kegunaan dan kelebihannya. Apa yang penting, Akidah dan Iman kita perlu dipelihara agar tidak terpesong dari jalan Islam. Apa yang ada pada kayu ini cuma kelebihan yang Allah ciptakan. Yang menjadikan ia semua berlaku adalah Allah.

Cincin Perak Permata Raja Kayu


Cincin Perak - Permata Raja Kayu

Barang:

Sebentuk Cincin Perak Asli bertakhta kan Raja Kayu yang dibentuk bujur.
Saiz Cincin 16; (diameter 17.5mm, ukur lilit 54.95mm)


Bentuk:

Kayu Raja Kayu berbentuk bujur. Halus, Licin berkilat. BUKAN kilatan Varnish. Diperhalus dan dilicinkan dangan cara-cara tertentu. Menggunakan Gred Kertas Pasir yang paling halus dan proses-proses yang lain untuk menaikkan lagi seri permukaan kayu ini. Cincin Raja Kayu ini belum pernah mempunyai pemilik lagi.

untuk rujukan dari internet boleh terus klik dan layari blog ini http://karimon.wordpress.com atau ini http://karimon.wordpress.com.
(pemilik blog ini tidak mempunyai sebarang hubungan dengan saya, cuma sebagai sumber rujukan)


Penerangan:

Raja Kayu merupakan khazanah alam yang banyak khasiatnya. Kayu ini mempunyai nilai estetika yang tinggi, dengan kecantikan luarannya yang menarik selepas dihaluskan dan dilicinkan. Jika dibakar ia tidak akan terbakar. Ia hanya akan meleleh seperti minyak. Kayunya telus cahaya. Jika disuluh cahayanya boleh tembus walaupun kayu tersebut dipotong tebal. Raja Kayu ini akan sentiasa tenggelam kedalam air biarpun dipotong senipis dan sekecil duit syiling 1 sen. Serbuk kayu ini, jika disapukan pada kulit, ia akan meresap ke dalam badan. Sungguh indah ciptaan Allah ini.

Keistimewaan yang utama, ada pada Raja Kayu adalah, ia berupaya untuk menawarkan Racun dan Bisa yang terkena disebabkan oleh binatang atau buatan orang(sihir). Untuk mendapatkan Raja Kayu ini adalah amat sukar dan harganya dipasaran adalah tinggi.

Raja Kayu juga dipercayai boleh menghindarkan kita daripada binatang buas atau haiwan liar. Haiwan liar ini akan menjauhkan diri daripada pemakai Raja Kayu ini disebabkan oleh aura yang tidak dapat dijelaskan. Sesiapa yang ingin memburu, tidak digalakkan untuk membawa Raja Kayu ini, kerana dikhuatiri, tidak akan mendapat hasil buruan. Ini kerana haiwan liar akan menjauhkan diri daripada pemilik Raja Kayu ini.

Dari segi Ghaib nya pula, ia dipercayai boleh mengelakkan diri pembawanya daripada terkena Sihir, Waallahuallam.

Petikan dari Bernama


Penggunaan:

Kayu Raja Kayu ini yang telah siap dibentuk, dan diikat pada cincin perak(untuk lelaki). Sebaik-baik ikatan adalah menggunakan logam Perak. Ada kelebihannya, dan cantik bila dipakai.

Khasiat:

- Penawar Racun
- Penawar Bisa
- Menjauhkan diri daripada haiwan liar
- Mengelakkan Terkena Sihir(Terdapat amalan bacaan ayat Al-Quran, Zikir dan Doa yang perlu diamalkan).

*banyak lagi kelebihan Raja Kayu ini yang tidak dapat dijelaskan di ruangan ini. Kepada sesiapa yang tahu mengenainya, tentu jelas akan khasiat dan kelebihannya kepada individu yang memilikinya. Jika ingin mengetahui lebih lanjut, bertanyalah kepada orang-orang yang tahu akan nilai Raja Kayu ini.


Penutup:

Segala apa yang dicipta oleh Allah ada kegunaan dan kelebihannya. Apa yang penting, Akidah dan Iman kita perlu dipelihara agar tidak terpesong dari jalan Islam. Apa yang ada pada kayu ini cuma kelebihan yang Allah ciptakan. Yang menjadikan ia semua berlaku adalah Allah.