Monday, October 11, 2010

Cincin Perak Permata Kayu Teras Kilo (Gemunggal)


Cincin Perak - Kayu Teras Kilo (Gemunggal)

Barang:

Sebentuk Cincin Perak bertakhta kan Kayu Teras Kilo atau dengan nama lainnya Kayu Gemunggal yang dibentuk Bujur.
Saiz 17; (diameter 18mm, ukur lilit 56.52mm)


Bentuk:

Kayu Teras Kilo (Gemunggal) berbentuk Bujur. Halus, Licin berkilat. BUKAN kilatan Varnish. Diperhalus dan dilicinkan dangan cara-cara tertentu. Menggunakan Gred Kertas Pasir yang paling halus dan proses-proses yang lain untuk menaikkan lagi seri permukaan kayu ini. Cincin Kayu Teras Kilo (Gemunggal) ini belum pernah mempunyai pemilik lagi.

untuk rujukan dari internet boleh terus klik dan layari blog ini http://karimon.wordpress.com
(pemilik blog ini tidak mempunyai sebarang hubungan dengan saya, cuma sebagai sumber rujukan)


Penerangan:

Kayu Teras Kilo (Gemunggal) mempunyai khasiat yang tinggi. Ada yang mengatakan ia adalah Kayu yang terbaik di antara kayu-kayu yang lain. Di antara khasiat Teras Kayu ini yang terbuku dalam Kitab Ensiklopedia Herba-Herba Sekeliling Kita susunan ‘AQ HA.S;

1. Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.
2. Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.
3. Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin.
4. Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya.
5. Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum.
6. Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum.
7. Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada puting susu ibu.
8. Bisul: Terasnya diasah, dan dipalit pada mata bisul.
9. Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis.
10. Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum.
11. Digigit ular,lipan: Terasnya diasah dan dipalit pada tempat yang kena gigit.

Semuanya dengan izin Allah. Minta pada yang Esa, berikhtiar dengan bahan ciptaan Allah yang mengandungi khasiat yang tersendiri.


Penutup:

Segala apa yang dicipta oleh Allah ada kegunaan dan kelebihannya. Apa yang penting, Akidah dan Iman kita perlu dipelihara agar tidak terpesong dari jalan Islam. Apa yang ada pada kayu ini cuma kelebihan yang Allah ciptakan. Yang menjadikan ia semua berlaku adalah Allah.

3 comments:

  1. Cincin ini telah di beli oleh seorang sahabat dari Terengganu. Terima Kasih...

    ReplyDelete
  2. dah abis ka cincin ni? ada lagi x?

    ReplyDelete
  3. Salam Jimi. Cincin design macam ni cuma di buat satu je. Nantikan perkembangan terbaru cincin dari saya. Setiap kali ada cincin yang saya nak maharkan, akan saya paparkan di sini.

    ReplyDelete